MAJLIS HARI RAYA BERSAMA MAYBANK

 

 

skb

Pada 19 Julai 2016 ,SK.Bawang Tamparuli telah mengadakan Majlis Hari Raya bersama pihak Maybank dan juga PIBG SK.Bawang Tamparuli

13775960_1070109703036618_8420833056906111928_n

Kata alu-aluan dari PK.kokurikulum (Roslie Amilbangsa) sebagai wakil Guru Besar(Lucy@Rosemary Jamari).

13707676_1070109969703258_8310296233428849629_n

Regional Director Sabah turut memberikan sedikit ucapan semasa Majlis Hari Raya ini.

 

13690740_1070116496369272_8803839735772041646_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

13775527_1070110709703184_6224125188648825431_nMajlis turut diserikan lagi dengan persembahan koir dan tarian yang dipersembahkan oleh murid SK.Bawang Tamparuli.

13775819_1070117826369139_3382308649520361053_n (1)

Gambar pihak Maybank yang menghadiri Majlis Hari Raya.

IMG-20160719-WA0039

Gambar staf SK.Bawang Tamparuli semasa Majlis Hari Raya

20160719_115332.jpg

Gambar pihak PIBG SK.Bawang Tamparuli semasa Majlis Hari Raya.

13781997_1070115263036062_2117368926408653696_n

Gambar Pelajar Tahun 6 dan bekas pelajar SK.Bawang Tamparuli yang telah menerima sumbangan daripada pihak Maybank cawangan Kota Kinabalu.Antara sumbangan itu ialah kit buku latihtubi untuk persediaan UPSR bagi calon UPSR tahun ini dan saguhati untuk pelajar yang telah lulus cemerlang UPSR pada 2015 lalu.

13754651_1070116049702650_1586078395492729569_n

Majlis diceriakan lagi dengan penyampaian duit raya daripada pihak Maybank cawangan Kota Kinabalu kepada semua pelajar SK.Bawang Tamparuli.

13709758_1070118619702393_6340091441426915357_n13754194_1070118126369109_5507117678101832606_n (1)

Antara makanan tradisional yang telah disediakan oleh para ibubapa dan penduduk kampung antaranya Linopot,Rebung,Polod,Kerabu mangga,Kelupis,Kari ayam dan rendang.

Disini pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak Maybank Cawangan Kota Kinabalu yang amat prihatin terhadap SK.Bawang Tamparuli selama ini.Hingga bertemu lagi.^^

 

 

 

 

Advertisements

Perasmian Bangunan Baharu oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2016

IMG-20160225-WA0001.jpgPada 24 Febuari 2016, Datuk Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Jame Alip telah merasmikan bangunan baharu sekolah yang menempatkan kelas tahun 1 hingga 6 serta sebuah tandas  yang akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2016 nanti.

Majlis perasmian bermula pada jam 10 pagi turut dihadiri oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan Syarikat Irwanie Enterprise  yang bertanggungjawab menyiapkan bangunan baharu tersebut.Puan Tah Niah HJ.Jaman turut menyaksikan perasmian tersebut.Dengan adanya prasarana baharu itu maka masalah kekurangan kelas untuk sesi pembelajaran dapat diatasi.

Bangunan baharu tersebut telah dibina pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada 13 Januari 2016.Pembinaan bangunan baru ini adalah disebabkan oleh banjir lumpur yang dihadapi oleh sekolah pada 15 Januari 2014.Banjir tersebut telah menyebabkan sekolah menghadapi kerosakan teruk pada salah satu bangunan bilik darjah dan menenggelamkan kantin serta bengkel Kemahiran Hidup.

Peta Sekolah Kebangsaan Bawang

Sekolah Kebangsaan Bawang

http://goo.gl/maps/93ISw

Terima kasih Maybank atas sumbangan.

image Read the rest of this entry

Salam Ramadhan dari Sk.Bawang Tamparuli^^

305800_269475253085109_628209166_n